RSS

Pages

Sunday, 26 February 2012

Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?

Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.

Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.

Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:

(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan

(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).

Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).

Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya,

“Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48].

Allah juga berfirman,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105].

Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam

Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.

Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.” Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.

Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

ANALISIS : JANGKA HAYAT AMERIKA BERGANTUNG KEPADA DEMOKRASI


Dalam dunia ini kita sudah sebati dengan system demokrasi yang menjadi ‘keperluan’ bagi majority negara & masyarakat dunia.Jika ada individu @ kumpulan yang menolak,menentang & ingin menghapuskan demokrasi,individu @ kumpulan itu akan di label sesat,di jadikan musuh & di anggap pelik.Saya tidak mahu bercerita tentang sejarah kelahiran system ini tapi lebih kepada kaitan demokrasi & Amerika(serta sekutunya).Amerika adalah sebuah negara kuasa besar yg di kenali sebagai ibu negara demokrasi & ia mengawal setiap negara yang mengamalkn system yang sama.Setiap negara yang mengamalkan demokrasi akan mempunyai perundangan yg sama iaitu di pisahkn oleh 3 badan utama iaitu legislatif,judikatif & eksekutif. Negara yang mengamalkan demokrasi juga akan mempunyai system ekonomi yang sama iaitu kapitalis. Kapitalis merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti pemilik syarikat.Oleh itu tidak hairan jika kita melihat di negara kita sendiri pemimpin2 @ org2 persendirian memiliki kekayaan yg luar biasa kerana dalam dunia demokrasi ia adalah ‘halal’.Mereka aman dalam memaksiati ALLAH.Tidak menjadi kesalahan dalam system demokrasi rakyatnya cukup2 makan serta pemimpinnya kaya raya.INI ADALAH HALAL KERANA INI SISTEM DEMOKRASI.Demokrasi juga berdiri di atas empat sendi yg utama iaitu kebebasan berakidah,kebebasan berpemilikan,kebebasan bertingkah laku & kebebasan bersuara serta mabda’(ideology) yg menjadi sumber kekuatan system demokrasi adalah secularism(pemisahan agama & politik).

Jika kita melihat sejarah peradaban Islam,Islam mempunyai system pemerintahan yg sgt sempurna yakni meletakkan al-Quran & as-Sunnah sebagai undang2 tertinggi daulah(negara).Ini menjadikan daulah Islam menjadi sebuah peradaban yg mengancam peradaban kufur(barat).Pemerintahan Islam yg melebar dari Sepanyol ke Indonesia merentasi 3 benua @ 2/3 dunia telah membuktikan bahawa system Islam adalah system yg terbaik yg mampu menjaga ummah yg hidup dalam daulah Islam dengan baik.Dengan system pemerintahan yg sama,system perundangan yg sama,system ekonomi yg sama & system social yg sama telah menjadikan peradaban Islam seperti haruman bunga yg sentiasa mekar mewangi & menyegarkn bg sesiapa yg menciumnya.Tidak menghairankan mengapa kegemilangan Islam pd suatu ketika dahulu menyerlah krn kaum muslimin pd ketika itu di ikat dgn ideology Islam @ akidah yg satu,syahadah yg satu,kitab yg satu,ummah yg satu & negara yg satu.Ini membuatkan kaum kufar tidak senang duduk & mencari jalan bagaimana mahu menguasai kaum muslimin serta melemahknnya.Sejak runtuhnya peradaban Islam pd tanggal 1924 melalui konspirasy politik,negeri2 dalam daulah Islam yg melebar dari Sepanyol ke Indonesia(Nusantara) di pecah-pecahkan menjadi negeri2 kecil tanpa kekuatan.Penghapusan seluruh system Islam berserta akar2-akarnya serta lenyapnya pemerintahan KHALIFAH telah meletakkan kaum muslimin dalam keadaan seperti anak kehilangan ibu hingga akhirnya terpaksa mengikuti ibu baru yg kononnya mampu menjaga kaum muslimin seperti ibu yg asal.Penjajah telah memasukkan ideology secularism dalam pemerintahan baru,menerapkan sistem ekonomi kapitalis serta bersendikan empat kebebasan tadi serta menukarkan system Islam kpd demokrasi.Maka inilah kejayaan mereka yg mereka pertahankn hingga sekarang.

Ini juga bermulanya langkah pertama yg di namakan New world order(nwo) yakni menyatukan dunia dalam satu pemerintahan.Bila di renung,mereka seolah menciplak cara pemerintahan Islam TETAPI tidaklah sama kerana kesemua system mereka menyimpang 360 darjah dengan system Islam.NWO juga dikenali pemerintahan dajjal yg sama sekali tidak member keuntungan pd kaum muslimin.Sistem inilah yg akan diperangi oleh pejuang2 Islam yg gigih & akan mengembalikan semula system Islam seprti sedia kala.Realiti yg kita lihat pd hari ini,amerika telah Berjaya menyebarkan demokrasi kpd hampir seluruh dunia.Yg terbaru kita boleh lihat mereka memasukkan demokrasi di Tunisia & Libya.Sebelum itu pula Afghanistan & Iraq.Kononnya ingin menjadi superman yg ingin menyediakn pemerintahan yg baik tp hakikatnya mereka memberi madu yg bersalut racun.Pd mulanya terasa manis tp kesan jangka panjang manis itu hanya sebentar cuma.Di bibir manis tp dalam hati ibarat serigala lapar.

Apakah kepentingan demokrasi kapada Amerika?

Pada tahun lepas sahaja hutang Amerika telah melonjak naik kepada AS$238 bilion (RM6.9 trilion) sehingga 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Jumlah hutang ibu negara demokrasi itu telah melebihi pendapatannya. Perbendaharaan menambah lebih AS$200 bilion (RM580 bilion) sebagai komitmen segera & menjadikan jumlah hutang meningkat kepada AS$14.58 trilion (RM42.28 trilion). Inilah bukti kerapuhan ekonomi kapitalis & inilah kesan daripada penerapan sistem yang bukan datang dari sang Pencipta tetapi lahir daripada akal manusia semata-mata.Apabila berbicara tentang ekonomi ibu negara demokrasi,anak-anaknya akan mengalamai kesannya juga.Oleh itu Amerika cuba sedaya upaya untuk mempertahankan ekonominya supaya ia dapat mempertahankan status quonya sebagai negara nombor satu dunia.Jika ia runtuh,maka runtuhlah negara2 yg mempunyai system yg sama yakni demokrasi sepertinya.Perlu di fahami dengan jelas bahawa kelangsungan pemerintahan Amerika bergantung kepada negara2 demokrasi yg lain.Ramai orang berpendapat demokrasi boleh menaikkan Islam TETAPI perlu disoal pd diri sendiri wajarkah musuh memberi jalan untuk Islam berkembang? TERLALU BAIK musuh itu jika member jalan yg mudah bg Islam mengembalikan semula undang2 yg berasaskan al-Quran & as-Sunnah.Mereka mempunyai agenda yg tersendiri.Ingatlah Rasulullah s.a.w bersabda : “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?’ Nabi SAW menjawab, ‘Siapa lagi kalau bukan mereka” [HR Muslim].

TIDAK SESEKALI mereka membiarkn kaum muslimin kembali berakidah yg benar.Bg mereka jika kaum muslimin mempunyai akidah yg bercampur baur & memegang fahaman yg berbagai itu sudah berjaya bagi mereka kerana jika kaum muslimin memang benar2 memiliki akidah yg suci bersih walau hanya seorang sahaja dari kaum muslimin,ia telah membuatkan pemerintahan kufur mereka terasa bergoncang.Apa mereka takutkan jika ramai kaum muslimin di dunia tp kecil bg mereka?. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w : “"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi hidangan dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."(HR Tsauban)

Tidak ada jalan lain untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu kecuali kita bersama mengikuti tariqah Rasulullah s.a.w dalam membina negara.Siapakah dapat menafikan Rasulullah s.a.w membina negara tanpa demokrasi? Sesiapa mengatakan jalan Rasulullah s.a.w tidak relevan pd masa kini,haruslah bertaubat.Inilah sunnah yg wajib diikuti oleh umatnya.Pilihlah antara dua jalan,jalan yg di berikan oleh org kafir @ jalan yg di tunjukkan oleh Rasulullah s.a.w Nabi tercinta.Buat sahabat-sahabatku,ingatlah janji ALLAH melalui lidah Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis : "Akan Kembali Khilafah(daulah Islam) Di Atas Jalan Kenabian."[HR Ahmad).Tetapkan keyakinan kita dengan janji ALLAH yg lain :"Allah tidak akan menyalahi janjiNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."(Surah ar-Rum:6).

Wallahualam..

MENGHARAPKAN PERUBAHAN MELALUI PILIHAN RAYA?

Setelah dunia menyaksikan kejatuhan pemimpin diktator Mesir, Hosni Mubarak, kini seluruh dunia mengharapkan satu perubahan yang dinanti-nanti selama ini yang akan merubah landskap politik Mesir melalui sebuah pilihan raya umum yang disifatkan sebagai lebih demokratik. Perkembangan terbaru menyaksikan parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di bawah Ikhwanul Muslimin memenangi 47 peratus daripada kerusi Parlimen baru Mesir.Akhbar melaporkan bahawa Perikatan Demokratik yang diketuai olehFJP memenangi 235 daripada 498 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya tiga peringkat itu.Ikhwanul Muslimin mencalonkan pegawai kanan dalam partinya, Mohammad Saad al-Katatni untuk menjadi Speaker Parlimen baru.Menduduki tempat kedua ialah parti Al-Nour yang mendapat 25 peratus undi dengan 125 kerusi. Parti-parti yang disifatkan liberal, Al-Wafd dan Blok Mesir ketinggalan dengan masing-masing hanya meraih 14 peratus undi, iaitu kira-kira 69 kerusi.

Sebanyak 21 parti politik gagal memperoleh sekurang-kurangnya 0.5 peratus undi yang diperlukan bagi menghantar wakil ke Parlimen. Para penyokong setia bekas Presiden Hosni Mubarak hanya memenangi tiga peratus daripada kerusi Parlimen. Pilihan raya dewan rendah Parlimen yang telah bermula pada 28 November lalu dan berlangsung selama hampir dua bulan adalah yang pertama di Mesir sejak Mubarak digulingkan dalam pemberontakan rakyat tahun lepas.Pemerintah tentera Mesir, Hussein Tantawi,telah melantik 10 anggota baru ke Parlimen untuk menjadikan jumlah anggotanya 508 orang yang akan memikul tanggungjawab utama memilih sebuah jawatankuasa bagi merangka Perlembagaan baru Mesir.Pilihan raya untuk dewan tertinggi Parlimen dijadual akan diadakan dalam dua peringkat, dengan pengundian berlangsung antara 29 Januari hingga 22 Februari.

Sebenarnya revolusi yang telah berjaya dilakukan oleh umat Islam di negeri para anbiya’ itu menyampaikan satu mesej yang jelas kepada seluruh dunia bahawa perubahan yang dimahukan kaum Muslimin bukanlah sekadar perubahan “kepimpinan” (orang yang memimpin) semata-mata, tetapi perubahan “sistem” daripada sistem kufur yang penuh kekejaman dan penindasan kepada sistem Islam yang penuh keadilan dan keberkatan. Namun sayangnya, setelah Mubarak berjaya ditumbangkan, Barat dalam masa yang sama berjaya ‘merampas’ revolusi dan mengubah haluannya menurut kehendaknya.

Hal ini dilakukan Barat dengan agak mudah kerana kuku Barat masih menancap tajam pada kepimpinan tentera Mesir, yang rata-ratanya adalah orang kuat Mubarak. Dengan berlangsungnya pilihan raya umum Mesir yang pertama setelah tumbangnya Presiden Mubarak, sebahagian rakyat Mesir nampaknya telah berjaya digula-gulakan oleh Barat dengan sebuah pilihan raya atas nama sistem demokrasi. Walaupun tidak semua rakyat Mesir mahukan sistem demokrasi, namun Barat dengan taktik jahatnya berusaha mengabui mata umat Islam dan cuba meyakinkan dunia bahawa rakyat Mesir mahukan sistem demokrasi.

Bukan hanya sekadar memerhatikan proses pilihan raya dari dekat, Barat yang licik itu tidak pernah lekang dalam memerhatikan siapakah “calon” yang bakal memimpin Mesir pasca kepimpinan tentera yang ada sekarang. Barat mempropaganda perubahan Mesir dari pemerintahan diktator kepada pemerintahan demokrasi sekaligus berusaha menaikkan calon yangdilihat oleh umat Islam, lebih demokratik bagi membezakannya dengan Mubarak yang disifatkan sebagai diktator. Hasil penelitian Barat, Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan yang berpotensi untuk memerintah Mesir ke arah yang lebih demokratik. Maka Barat berusaha menjalin hubungan dengan pimpinan gerakan Islam tersebut dalam rangka memastikan Ikhwanul Muslimin dapat memerintah Mesir dan pada masa yang sama akan terus menjaga hubungan baik dengan Barat. Hasilnya sungguh lumayan bagi Barat apabila FJP setakat ini telah memenangi pilihan raya umum Mesir. Namun begitu, adalah suatu yang sungguh menyayat hati melihathubungan baik antara FJP dan Amerika kerana sesungguhnya revolusi Mesir yang telah mengorbankan ramai para syuhada dan melibatkanribuan kaum Muslimin yang berulangkali berkumpul di Medan Tahrir, mereka telah menyatakan ‘tidak’pada Amerika!

Pembohongan Amerikadalam sokongan mereka ke atas sistem demokrasi dan pemimpin yang demokratik adalah amat jelas sekali. Orang buta sekalipun tahu betapa baiknya hubungan di antara Amerika dengan Mubarak, walaupun Mubarak terkenal sebagai seorang pemimpin yang diktator dan zalim. Seluruh dunia juga tahu betapa rapatnya hubungan Amerika dengan Arab Saudi, Jordan, Syria, Yemen dan lain-lain negara Arab walaupun kesemua pemimpin negara tersebut adalah para diktator dan tidak demokratik. Sesungguhnya sokongan Amerika terhadappara pemimpin tersebut bukanlah atas nama demokrasi, tetapi kerana para pemimpin tersebut adalah boneka AS dan boleh memberi kepentingan kepada mereka. Begitu jugalah sokongan yang ditunjukkan oleh negara Uncle Sam itu kepada FJP, bukanlah sebenarnya atas dasar demokrasi sebagaimana yang diwar-warkan, tetapi atas dasar kepentingan yang bakal diraih oleh Amerika dari hubungan tersebut, sama sebagaimana kepentingan yang telah diraih Amerika hasil hubungannya dengan Mubarak sewaktu kekuasaan Mubarak dahulu.

AS cuba mewujudkan ‘suasana demokrasi’ di Mesir bagi menggantikan sistem diktator yang dibenci oleh umat Islam yang dibawa oleh Mubarak selama ini. Walhal bagi AS, tidak ada bezanya di antara pemimpin yang demokratik dan diktator kerana yang penting bagi mereka adalah bahawa pemimpin tersebut (baik demokratik atau diktator) adalah orang yang setia dengan AS. Oleh yang demikian, setelah sekian lama (pasca tumbangnya Mubarak) AS mencipta hubungan baik dengan bakal pemerintah Mesir, maka sudah masanya rakyat Mesir dihidangkan dengan sebuah pesta demokrasi (pilihan raya) yang selama ini tidak dapat ‘dinikmati’ di bawah pemerintahan Mubarak. Pesta ini tidak lain hanyalah sebagai pemula kepada agenda AS dalam membentuk Mesir baru yang ‘demokratik’ di bawah telunjuknya. Setakat ini, pesta demokrasi ini berjalan lancar dengan cara yang cukup disenangi oleh Barat.

Sebagaimana sifat sebuah ‘pesta’, pilihan raya hanyalah luahan aksi kegembiraan yang bersifat sementara. Kegembiraan itu ditandai antara lain denganbanyaknya parti dan ribuan calon yang bertanding, jutaan pelekat, sepandukdan kain rentang, ramainya wartawan dan pihak media yang membuat liputan, hingar-bingar kempen politik yang berlangsung di sana-sini dengan pelbagai janji dan manifesto masing-masing, beraneka ragam hiburan dan acara bagi menarik orang ramai dan tidak ketinggalan diserikan lagi dengan pelbagai bentuk rasuah, penipuan, hasutan, fitnah-memfitnah, pergaduhan dan sebagainya yang kesemuanya menghabiskan jutaan wang demi merebut sebuah kerusi.

Namun, atas sifat sebuah pesta juga, maka setelah selesai segala aktiviti kegembiraan tersebut, keadaan akan kembali seperti asal, tidak ada apa-apapun yang berubah. Begitulah dengan pesta pilihan raya ini, tidak ada apa-apapunyang akan berubah setelah pilihan raya, kecuali calon-calon pemenangnya. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang terlanjur mempercayaibahawapilihan raya dalam sistem demokrasi boleh menghasilkan perubahan, maka dia hendaklah kembali berfikir dengan jernih akan kebenaran fakta ini. Ini kerana, pilihan rayadi dalam sistem demokrasi hanyalah untuk memilih atau menukar orang sahaja, seraya berharap orang yang terpilih itu lebih baik daripada orang yang sebelumnya. Pilihan raya sama sekali tidak akan membawa kepada perubahan sistem, kerana memang ia tidak diwujudkan untuk tujuan tersebut. Dengan kata lain, pilihan raya menafikan perubahan sistem, malah dengan adanya (dilaksanakan) pilihan raya itu sendiri, ia bermaksud sistem yang sedia ada dikekalkan. Berjalannyapilihan raya membawa maksudpenduduk negara itu masih tunduk pada sistem yang ada. Telah terlalu kerap kita melihat bagaimana negara-negara di dunia, setelah selesai pilihan raya, sistem yang sama masih lagi berjalan walaupun orang (pemenang)nya berubah. Sistem yang bobrok terus kekal dengan kebobrokannya, malah tidak sedikit dari calon yang baru menang, yang kononnya mahu melakukan perubahan, justeru terus tenggelam di dalam kerosakan sistem yang sedia ada.

Walau jelas di depan mata bahawa pilihan raya tidak pernah dapat merubah sesebuah sistem, namun masih tetap ada segelintir umat Islam yang berusaha untuk memenangkan (menegakkan) Islam melalui pilihan raya. Jika mereka merujuk kepada sejarah sekalipun, mereka akan mendapati bahawa setakat ini belum pernah terjadi penegakan Islam melalui pilihan raya sebagaimana yang mereka dambakan. Dari segi sejarah, Indonesia sebagai contoh,sebagai negara yang mempunyai penduduk Muslim yang terbesar, Masyumi dan Nahdhatul Ulama yang masing-masing memenangi 112 dan 91 kerusi pada pilihan rayatahun 1955, masih tetap tidak dapat memerintah dengan Islam. Masyumi kemudiannya dibubarkan oleh Soekarno pada tahun 1960.

Sejarah yang sama kita saksikan, malah lebih tragis, ke atas FIS di Algeria. FIS yang menang pada pilihan rayapusingan pertama 1991 dan menguasai 81% kerusi Parlimen, lalu menang besar pada pilihan raya pusingan kedua pada tahun yang sama, akhirnya dibubarkan oleh junta tentera yang disokong oleh Perancis. Hal yang sama juga terjadi pada Hamas di Palestin, yang menjadi pemenang pilihan raya secara demokratis, namun hingga kini Hamas terus terjebak di dalam sistem yang sedia ada dan tidak dapat keluar darinya dan Islam tetap tidak dapat ditegakkan. Begitulah juga keadaannya di Malaysia di mana parti Islam yang bertanding tidak pernah menang di dalam pilihan raya umum kecuali di beberapa negeri, dan apa yang jelas adalah, sistem Islam masih tidak dapat ditegakkan hingga kini. Malah lebih buruk, parti Islam tersebut terus terjebak di dalam pemerintahan sekular, bahkan memerintah bersama dengan orang-orang kafir, suatu hal yang dilarang (haram) secara nyata di dalam Islam.Ringkasnya, di mana sahaja negara umat Islam yang mengamalkan pilihan raya demokrasi, umat Islam tidak pernah dapat menegakkan Islam. Ini kerana di dalam sistem demokrasi, manusialah yang membuat undang-undang dengan mengambil hak Allah sebagai Pembuat undang-undang.

Justru itu, mengharapkan terjadinya perubahan, apalagi kemenangan Islam, melalui pilihan rayadi bawah sistem demokrasi adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, malah hakikatnya, boleh membawa umat semakin jauh dari Islam. Sungguh rugilah umat Islam yang terus-menerus berharap pada sesuatu yang tidak dapat mereka capai walhal ada jalan lain yang benar yang seharusnya mereka tempuhi. Potensi atau usaha mereka seharusnya dikerahkan untuk mengikuti jalan tersebut, yang berdasarkan wahyu dan bukannya jalan demokrasi Barat. Hanya jalan ini sahajalah -yakni jalan wahyu yang pernah ditempuh oleh Rasulullah SAW- yang akan pasti memberikan kejayaan dalam melakukan perubahan. Bangsa Arab yang Jahiliyyah ternyata berjaya diubah oleh Rasulullah SAW menjadi bangsa yang memimpin dunia atas nama Islam, dengan jalan berdasarkan wahyu ini. Islam terus memimpin dunia dengan sebuah peradaban yang agung sehinggalah pemerintahan Islam (Khilafah) berjaya dihancurkan oleh Barat melalui pengkhianatan Mustafa Kamal Attartuk laknatullah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924).

Setelahhancurnya pemerintahan Khilafah dari pentas dunia, umat Islam dibius oleh Barat dengan sistem demokrasi sehingga umat Islam terus lemah, berpecah dan tidak lagi nampak jalan yang lurus (jalan wahyu) untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan mereka. Umat Islam terus-menerus disodorkan oleh Barat bahawa tidak ada jalan lain untuk melakukan pertukaran pemimpin kecuali melalui jalan pilihan raya demokratik. Sehinggalah saat terjadinya revolusi di Tunisia, Mesir dan Libya di mana umat Islam berjaya menggulingkan pemerintah masing-masing tanpa pilihan raya, Barat tetap terus berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘merampas’ revolusi dan setelah berjaya merampasnya, Barat lalu tanpa berlengah terus melaungkan perubahan melalui jalan pilihan raya.

Inilah yang berlaku di Mesir sekarang di mana umat Islam terus‘diperbodohkan’ oleh Barat dengan pilihan raya, walhal hakikatnya umat Islam sebelum itu telah berjaya melakukan perubahan dengan menumbangkan pemerintahan diktator dengan sebuah revolusi (bukan melalui pilihan raya). Dengan kata lain, Barat sekali lagi berjaya menyodorkan “pilihan raya” sebagai jalan perubahan untuk umat Islam. Walhal hakikatnya pilihan raya tidak pernah dan tidak akan pernah membawa apa-apa perubahan, kecuali ‘perubahan’ yang diingini oleh Barat sahaja. Maka sungguh malang apabila kita melihat segelintir umat Islam terperangkap di dalam agenda Barat ini.Menggantungkan harapan terjadinya perubahan hakiki melalui pilihan raya di bawah sistem demokrasi hanyalah akan mendatangkan kekecewaan demi kekecewaan bagi umat Islam. Fakta yang terjadi di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini sudah membuktikan hal itu. Kerana itu, tidak layak bagi satu umat yang mulia untuk menaruh harapan kepada sebuah sistem yang hina seperti demokrasi.

Satu-satunya jalan untuk mencapai perubahan yang hakiki di dalam usaha untuk menegakkan Islam secara kaffah (menyeluruh) hanya boleh dilakukan melalui thariqah (metod) dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan lain itu mencerai-beraikan kalian dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepada kalian agar kalian bertakwa” [TMQ al-An’am (6):153].

Rasulullah SAW tidak pernah menunjukkan bahawa jalan menuju perubahan adalah melalui pilihan raya atau menyertai sistem Jahiliyyah. Rasulullah SAW malah berusaha untuk menghapuskan sistem Jahiliyyah, bukannya bergabung di dalamnya. Bermula dari perubahan pemikiran (dari pemikiran kufur kepada pemikian Islam), seterusnya membentuk sebuah kutlah (kelompok) dakwah, lalu melakukan kifahu siyasi (perjuangan politik) dan dikuti dengan thalabun nusrah (mencari pertolongan) untuk mendapatkan kekuasaan dari ahlul quwwah (golongan yang memiliki kekuatan) khususnya kekuatan perang, Rasulullah SAW kemudian berhijrah ke Madinah dan berjaya mewujudkan sebuah Negara Islam.Dari sanalah bermulanya penerapan Islam secara kaffah, lalu tersebar pula ke seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad, menjadikan kaum Muslimin umat yang mulia dan terbaik. Inilah jalan perubahan yang dituntut oleh Islam yakni jalan lurus yang berdasarkan wahyu, bukannya jalan yang didasarkan kepada akal, apatah lagi jalan yang diajar oleh penjajah seperti jalan demokrasi.

Khatimah

Sesungguhnya perubahan hakiki yang diperlukan oleh umat Islam adalah perubahan sistem, bukannya perubahan orang/pemimpin. Dunia Islam khususnya dan seluruh dunia amnya, amat memerlukan sebuah sistem alternatifyang dapat menyelamatkan umat manusia dari kesengsaraan. Tidak ada sistem yang dapat memenuhi tuntutan tersebut kecuali sistem yang datangnya dari wahyu. Sistem ini tidak lain adalah sistem Khilafah dan bukannya sistem demokrasi, autokrasi, teokrasi, monarki dan sebagainya.Inilah jalan baru yang diperlukan oleh umat Islam, termasuk di Malaysia waktu ini. Jalan inilah yang akan dapat mengubah wajah dunia yang didominasi oleh kezaliman dan kekacauan menjadi wajah dunia yang penuh keadilan dan kesejahteraan. Jalan inilah yang telah dirintis oleh Hizbut Tahrir sejak tahun 1953, yang bermula di Al-Quds, Palestin sehingga telah melebar ke seluruh benua, dari bahagian timur hingga ke barat dunia. Umat Islam kini mulai sedar bahawa mereka memerlukan sistem Khilafah dan bukannya sistem demokrasi. Yang menjadi masalah adalah wujudnya segelintir pemimpin umat hari ini yang masih bersahabat dan sentiasa melutut kepada kuffar Barat dan menjadi pengkhianat Islam, yang oleh kerana itu, Barat masih berjaya mencengkam umat Islam dengan sistem demokrasi kufurnya. Namun, barisan pemimpin pengkhianat ini mulatersungkur satu demi satu dan kemenangan Islam dengan sistem Khilafah itu sebenarnya sudah semakin hampir hari demi hari. Sesungguhnya apabila tibanya hari kemenangan, “Pada saat itulah, hati seluruh kaum Mukmin akan bergembira kerana pertolongan Allah” [TMQ ar-Rum (30):4-5]