Jika
kita telusuri sejarah beberapa gerakan Islam yang memasuki pilihan raya
baik di dalam mahupun di luar negeri, tidak ada fakta yang dapat
menafikan bahawa gerakan Islam yang berjuang melalui jalan
demokrasi-pilihan raya ini terus tenggelam di dalam kekalahan dan tidak
sedikit yang terjerumus dalam kesalahan. Indonesia sebagai
contoh,sebagai negara yang mempunyai penduduk Muslim yang terbesar,
Masyumi dan Nahdhatul Ulama yang masing-masing memenangi 112 dan 91
kerusi pada pilihan rayatahun 1955, masih tetap tidak dapat memerintah
dengan Islam. Masyumi kemudiannya dibubarkan oleh Soekarno pada tahun
1960.
Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria yang dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional,telah terlibat di dalam demokrasi dan memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya pusingan pertama pada 26 Disember 1991. Namun pada pilihanraya pusingan kedua pada tahun berikutnya setelah FIS berada di ambang kemenangan, ia akhirnya dibatalkan oleh Menteri Pertahanan Algeria dan telah berlaku rampasan kuasa oleh tentera dengan dukungan dari negara kuffar Perancis.Akhirnya, berapa ramai dari pemimpin dan anggota FIS yang ditangkap, diseksa dan dibunuh dengan kejam. Maka berkuburlah FIS dan Islam gagal ditegakkan.
Di Palestin, intifada pertama (1987-1993) dan kedua (bermula September 2000) memberi pengaruh yang cukup kuat kepada rakyat Palestin setelah kekecewaan mereka kepada PLO & Fatah (kesan kesepakatan antara PLO, Fatah dan Barat). Apa yang berlaku itu cukup membimbangkan Israel kerana menularnya pengaruh Hamas di Palestin yang boleh menggugat kedudukan Israel. Melalui inisiatif PBB yang mana kita semua tahu bahawa Amerika adalah kuasa sebenar di belakangnya, satu pilihan raya telah dirancang di Palestin yang sebenarnya bertujuan untuk “menghalang” Hamas dari terus melawan Israel di medan jihad.
Hamas akhirnya berjaya “dijinakkan” oleh AS lalu terjun ke medan pilihan raya sebagaimana dikehendaki oleh AS dan Israel. Hamas menang dengan meraih 76 dari 132 kerusi parlimen (lebih dari 57 peratus), sementara Fatah hanya memenangi 43 kerusi dan parti-parti lain meraih 13 kerusi. Akhirnya, AS dan Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, namun dalam masa yang sama Hamas telah berjaya diubah agar cenderung ke jalan perundingan dengan Israel, bukan lagi jihad. Ringkasnya, walaupun Hamas berjaya memerintah di Gaza, namun Islam tetap tidak dapat ditegakkan di bumi Palestin.
Di Mesir sebelum kejatuhan Mubarak, gerakan Ikhwanul Muslimin telah terlibat di dalam pilihan raya pusingan pertama pada 28 November 2010. Namun, setelah berlakunya penipuan dan gengsterisme terang-terangan dipercayai dilakukan oleh parti pemerintah, Ikhwanul Muslimin lalu memboikot pilihan raya pusingan kedua pada 5 Disember 2010. Pasca kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin sekali lagi memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada.
Sejak kemenangannya di dalam pilihan raya, Ikhwanul Muslimin telah melangkah jauh mempamerkan sikap moderat mereka terhadap Barat. Malah, dalam ketergesaan mereka untuk “menyejukkan” pendapat antarabangsa (international opinion), mereka telah meninggalkan rujukan kepada politik Islam dalam pemerintahan mereka yang kononnya selama ini mereka perjuangkan. Dengan melakukan hal ini, mereka fikir mereka bersikap pragmatik, bijak dan celik politik. Apabila berbincang tentang kewajipan pelaksanaan politik Islam, mereka menyebut (memberi dalih) tentang halangan perlembagaan dan keperluan menjaga hak warga minoriti. Apabila berbincang tentang kewajipan pelaksanaan ekonomi Islam, mereka menyebut (memberi alasan) tentang keperluan untuk menghindari ketakutan pelabur antarabangsa dan juga pelancong asing. Apabila berbincang tentang kewajipan pelaksanaan dasar luar negeri Islam, mereka menyebut (memberi alasan) tentang keperluan mempamerkan imej yang moderat dan menyenangkan Barat. Inilah hakikat Ikhwanul Muslimin yang dapat disaksikan sekarang! Apa yang lebih buruk adalah Mesir mengambil pinjaman IMF sebanyak $4.9 billion! Perdana Menteri Mesir, HeshamQandil menggambarkan pinjaman yang kena dilangsaikan dalam masa 5 tahun dengan faedah (riba) sebanyak 1.1% itu sebagai “good deal for the country” (urusan yang baik untuk negara)!
Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara.
Di bumi tempat runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah (Turki), Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan yang membawa imej Islam telah mula memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002 dan pada tahun 2007 kemenangannya meningkat sebanyak 12% kepada 363 daripada 550 kerusi Parlimen. Walaupun membawa imej Islam, namun seluruh dunia tahu akan hubungan erat antara Erdogan dan Barat. Pada 5 Julai 2006, Erdogan memperkenalkan perjanjian Dokumen Persamaan Visi (SharedVisionDocument ) yang ditandatangani di antara kerajaan Turki dan Amerika, yang diwakili Abdullah Gul dengan Condoleezza Rice. Persidangan antara kerajaan Turki dengan Jabatan Negara Amerika menyebut, “Kami memiliki nilai-nilai dan perspektif yang sama dalam konteks wawasan regional dan global iaitu mempromosikan demokrasi, kebebasan, dankesejahteraan.”Umum mengetahui bahawa sebaik sahaja dan setiap kali parti AKP menang pilihanraya, Erdogan mengumumkan “akan mempertahankan sistem sekular”di Turki. Sehingga kini, langsung tidak ada tanda-tanda yang Erdogan mahu menerapkan Islam, walaupun partinya dipuji oleh banyak parti Islam dari seluruh dunia, termasuk dari Malaysia.
Kita telah menyaksikan bahawa secara faktanya, pilihanraya memang tidak pernah membawa perubahan daripada sistem kufur kepada sistem Islam.. Umat Islam, baik dari parti sekular mahupun parti Islam telah membuang tenaga dan waktu serta telah membazirkan wang yang begitu banyak semata-mata kerana berebut kekuasaan di pentas demokrasi. Inilah sebenarnya kehendak Barat di dalam memastikan umat Islam terus berpecah dan tidak kembali kepada Islam. Sungguh sayang apabila umat Islam masih tidak sedar bahawa segala kemelut dan kesengsaraan mereka selama ini adalah akibat penerapan sistem demokrasi ke atas mereka.Kita memang sudah tidak mahukan pemerintahan yang sedia ada kerana tidak berhukum dengan Islam, namun kita mahu menolak dan menggantikan mereka dengan jalan Islam yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dan bukannya dengan jalan demokrasi yang diajar oleh Barat.
"Akan kembali Khilafah(Negara Islam) di atas jalan Kenabian."(HR Ahmad)

No comments:
Post a Comment