RSS

Pages

Saturday, 10 March 2012

Rumahtangga Ideologis Pencetak Generasi Pendakwah dan Pejuang

Rumahtangga menuju syurga adalah rumahtangga ideologis iaitu hanya menjadikan Islam & syariatnya sebagai asas serta panduan dalam seluruh masalah kehidupan kekeluargaan.Pembentukan sebuah rumahtangga ideologis bagi Muslimah bermula dengan proses pemilihan calon suami.Muslimah yg memilih calon suami dengan bimbingan ideology Islam akan memahami bahawa pemimpin rumahtangga bukanlah sebatas seorang Muslim sedangkan akhlaknya bercelaru.Seorang pemimpin rumahtangga juga bukan dalam kalangan mereka yg sentiasa mementingkan aspek kecantikan & kebendaan semata-mata..Kepimpinan yg dipegang oleh lelaki seperti ini tidak akan pernah membawa rumahtangganya menuju ketaatan kepada ALLAH.Seorang Muslimah yg memilih calon suami berdasarkan anjuran Islam tidak akan terpedaya dengan ketampanan atau cirri fizikal mahupn kekayaan seseorang.Calon pemimpin dalam rumahtangga ideologis mestilah bersedia untuk memimpin rumahtangganya dengan ideology Islam & meletakkan setiap keputusannya dengan pertimbangan ideology Islam semata-mata.Suami sebagai pemimpin tidak sepatutnya menjadikan rumahnya hanya sebagai tempat istirehat setelah seharian beraktiviti di luar rumah.Keteladanan diperlukan untuk membantu proses pembinaan Isteri & anak-anaknya.Suami yg mempunyai kesedaran ideology Islam selalu berfikir secara serius agar setiap keputusan yg di ambil bukan dari pertimbangan hawa nafsu semata-mata.Suami seperti ini akan selalu menimbang & mengukur perbuatannya dengan ukuran ideology Islam,tidak terjebak menukar yg wajib dengan yg mubah,bahkan debgan yg haram sekalipun.

Pencetak Generasi

Asas memilih calon suami isteri dalam rumahtangga ideologis bukanlah seperti memilih boneka yg mesti memenuhi citarasa seseorang tapi memilih sesuatu yg lebih besar dari itu iaitu memilih pencetak generasi dengan mengutamakan kesediaan seorang isteri berjuang bersama suami dalam rangka melanjutkan kehidupan Islam.Tidak sewajarnya bangunan rumahtangga ideologis dimulai dengan memilih isteri atas dasar tertarik kepada keayuaan wajahnya,kelangsingan badannya atau melimpah ruah hartanya.Isteri dalam rumahtangga ideologis adalah ikon Muslimah berwawasan,siap sedia mengurus anak-anak & isteri rumahnya sesuai dengan syariat Islam.Kewibawaan yg terpancar dari kesedaran ini memudahkan seorang isteri & ibu untuk membina anak-anaknya agar membesar menjadi pejuang sejati.Seorang ibu yg memiliki kesedaran ideologis akan membina anak-anaknya sepanjang waktu & tidak terikat dengan kurikulum atau jadual waktu tertentu yg memperuntukkan waktu seketika sahaja.Kesedaran ini mendorongnya untuk mengendalikan setiap ucapan & perbuatannya terutama di hadapan anak-anak kerana setiap pola langkah ibu adalah bahan pembinaan secara langsung mahupun tidak langsung terhadap anak-anaknya.Muslimah sebagai isteri dalam rumahtangga ideologis selalu mententeramkan suami dalam ketaatannya kepada ALLAH.Tidak dapat dinafikan bahawa suasana rumah mempengaruhi suami dalam melaksanakan kewajipannya.Pada saat suami menjalankan amal dakwah misalnya,tidak akan berjalan lancar ketika si isteri membebaninya dengan permasalahan di rumah seperti perabut pecah kerana kenakalan anak-anak melepaskan kemarahan membaling barang atau duit simpanan habis sebelum waktunya tanpa jelas untuk apa dibelanjakan lantaran sikap isteri yg ternyata boros.

Khitbah

Satu-satunya cara memulakan pembentukan rumahtangga ideologis yg didasarkan kepada syariat Islam adalah dengan pernikahan yg dimulai dengan khitbah.Cara lain yg lazim ditempuh oleh muda-mudi di era zaman kapitalis saat ini seperti coupling yg jelas menyalahi peraturan ALLAH.Tidak dinafikan aktiviti coupling yg paling minimum sahaja mungkin saling pandang memandang dengan pandangan yg melangggar peraturan yg ditetapkan ALLAH,apalagi dengan pergaulan bebas dewasa ini berleluasanya propaganda seks bebas & perzinaan seakan-akan menjadi perkara biasa.Walhal ALLAH melarang mendekatinya.Hukum syarak telah mengatur perbuatan manusia dengan sumber-sumber yg pasti iaitu al-Quran,hadis,ijma’ sahabat & qias.Pernikahan merupakan bahagian amal manusia,maka tatacaranya telah ada dalam Islam sejak awal prosesnya dengan khitbah sehingga ke akad nikah & kehidupan berumah tangga.Anjuran untuk bernikah adalah sebahagian daripada peraturan Islam untuk memenuhi naluri seks dengan jalan halal dan melestarikan keturunan dengan tujuan penciptaan naluri ini adalah agar geneasi manusia tidak pupus.

Dalam kehidupan Islam,pernikahan adalah bahagian dari ibadah,bukan pemuasan seksual.Islam mengatur pernikahan secara jelas.Membentuk rumahtangga ideologis akan di awali dengan niat yg ikhlas semenjak memilih pasangan sehinggalah menginjak kepada proses pernikahan iaitu niat untuk menyempurnakan ketaatan kepada ALLAH.Pemeliharaan niat sgt penting agar rumahtangga ideologis tidak tersasar daripada tujuan yg dikehendaki.Acapkali halatuju rumahtangga tersasar dari landasan ideology Islam yg telah diagendakan sejak awal pernikahan.Maka tidak hairanlah kesinambungan perjuangan suami isteri untuk menyumbang dalam memperjuangkan ideology Islam yg semestinya meningkat dengan adanya hubungan cinta dalam rumahtangga sebaliknya menjadi menurun bahkan menghilang.Pemilihan pasangan yg tepat sebelum bernikah akan memudahkan penyesuaian & pengaturan halatuju rumahtangga sesuai dengan bimbingan ideology Islam.Islam memerintahkan memilih pasangan dengan pertimbangan agama seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w:”Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya & agamanya.Maka pilihlah wanita kerana agamanya,nescaya engkau akan beruntung.”(HR Bukhari)

Kasih Sayang

Kasih sayang pasangan ideologis adalah kasih sayang sejati iaitu tidak akan membiarkan pasangannya disentuh api neraka walau hujung rambut sekalipun.Dalam perjalanan melayari bahtera rumahtangga ,kedua-duanya saling bermuhasabah sekiranya terjadi pengabaian kewajipan atau ketidaksempurnaan dalam perjuangan di jalan ALLAH.Hubungan suami isteri dalam rumahtangga ideologis melahirkan kesinambungan dalam perjuangan menyebarkan ideology Islam.Kesedaran bahawa setiap perjuangan menuntut pengorbanan akan memudahkan pasangannya dalam menyempurnakan kewajipan.Tuntutan pengorbanan adalah berupa harta,tenaga,buah fikiran bahkan nyawa sekalipun.Inilah tabiat perjuangan di manapun atau pd bila-bila masa sekalipun.

Khatimah

Oleh yg demikian,untuk mewujudkan rumahtangga ideologis bukanlah mustahil asalkan ada keinginan untuk meningkatkan potensi diri,menggunakan kelebihan masing-masing & menghilangkan segala halangan demi kesempurnaan perjuangan menyebarkan Ideologi Islam yg telah diwajibkan oleh ALLAH s.w.t.. Wallahualam…

No comments:

Post a Comment