Apabila kita mendalami ayat-ayat Al-Quran tampaklah bahawasanya :
✔ Bangsa Yahudi ini adalah bangsa yang sering menyesatkan dan mengkafirkan orang-orang mukmin [TMQ 4:44],
✔ Suka berkhianat dan melanggar perjanjian [TMQ 5:13],
✔ Menyombong diri hingga tidak mahu menerima kebenaran [TMQ 2:87],
✔ Menolak ayat-ayat Allah yang dibawa oleh para Rasul kepada mereka - bahkan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar dan jika kepada para nabi sahaja mereka bersikap sedemikian apatah lagi kepada para pengikutnya [TMQ 2:61],
✔ Senantiasa mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan selalu menyembunyikan kebenaran [TMQ 3:71],
✔ Suka berbuat kefasikan, jenayah dan kezaliman, mengikut hawa nafsu, tidak melarang kemungkaran dan menolong kebatilan melawan kebenaran [TMQ 5:78-79],
✔ Berhati keras melebihi batu dan percaya kepada sebahagian isi kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain [TMQ2:85].
✔ Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah. [TMQ (3):112]
Secara hakikatnya Israel bukanlah sebuah negara yang berdiri dengan sendirinya. Israel adalah sebuah negara yang kemunculannya merupakan usaha konspirasi penjajah Inggeris yang menjajah tanah Palestin setelah mereka berjaya mengalahkan Khilafah Uthmaniyyah pada Perang Dunia I. Ketika Inggeris menjajah Palestin, puluhan hingga ratusan ribu orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk dunia didatangkan ke bumi Palestin yang mereka impikan semenjak kongres Antarabangsa Zionisme di Basel, Switzerland diadakan pada tahun 1897. Sejak kongres Zionisme itulah mereka melakukan berbagai konspirasi untuk mendapatkan bumi Palestin. Atas jasa Kaiser Wilhelm II dari Jerman dan duta Jerman di Istanbul, Theodore Herzl, pengasas utama pergerakan Zionis Antarabangsa, dapat bertemu dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah yang berkuasa ke atas tanah Palestin dan tanah Islam lainnya ketika itu.
Di dalam pertemuan itu Herzl meminta kepada Sultan Abdul Hamid agar orang-orang Yahudi diperbolehkan berhijrah ke Baitul Maqdis (larangan menetap di Baitul Maqdis bagi Yahudi telah diputuskan oleh Khalifah Umar bin alKhattab tatkala dilaksanakan Perjanjian Umar). Sultan Abdul Hamid tidak membenarkan permintaan pemimpin Zionis Yahudi itu. Dengan rasa taqwanya Sultan Abdul Hamid berkata: “Tanah itu bukan milikku, tetapi ia adalah milik umatku”. Lalu baginda mengeluarkan keputusan tentang larangan berhijrah bagi orang-orang Yahudi ke Palestin. Peristiwa ini kemudiannya telah menjadi salah satu elemen momentum yang cukup kuat bagi negara-negara penjajah barat, terutamanya Inggeris bersama dengan gerakan Yahudi Antarabangsa, dalam merancang secara serius usaha untuk menghancurkan Khilafah Islamiyyah. Negara-negara penjajah barat akhirnya berjaya menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah yang mereka geruni setelah ia wujud sebagai sebuah kuasa besar dunia sepanjang 5 abad. Yahudi Zionis pula mula mewujudkan impiannya untuk membangunkan negara di bumi Palestin serta ingin membangun kuil Sulaiman di atas runtuhan Masjid Aqsa. Dua kepentingan inilah yang menyatukan Yahudi dan Inggeris untuk melakukan makar bagi meruntuhkan Khilafah Islamiyyah. Pada tahun 1908 mereka berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II melalui Gerakan Turki Muda yang telah mereka pengaruhi dengan idea-idea nasionalisme. Setelah itu mereka mendorong Gerakan Turki Muda untuk melakukan diskriminasi terhadap warganegara Khilafah Uthmaniyyah yang bukan berbangsa Turki khususnya orang-orang Arab.
Keadaan ini sangat ketara berlaku didalam pasukan tentera Khilafah. Jelas, ini merupakan satu provokasi terhadap orang-orang Arab. Pada masa yang sama, penjajah Barat juga memprovokasi orang-orang Arab agar memberontak menentang Khilafah Uthmaniyyah yang mereka sifati sebagai negara Turki dan menganggap bahawa kepemimpinannya sebagai khalifah tidak sah kerana merampas hak bangsa Arab. Dari sinilah muncul pemberontakkan bangsa Arab yang dipimpin oleh Gabenor Mekah ketika itu, Syarif Husain, dan dibantu oleh tentera British. Ini dilanjutkan dengan perang dunia pertama dimana akhirnya Inggeris dan Perancis berjaya mengalahkan Khilafah Uthmaniyyah Turki dan mula menguasai daerah-daerah kaum muslimin yang bernaung di bawah kekuasaan khilafah Uthmaniyyah seperti Syam, Iraq dan Jazirah Arab. Setelah tentera Inggeris menyerbu Palestin dan tentera Perancis menyerbu Syam, Jeneral InggerÃs, Lord Allenby, mengeluarkan kenyataan di Palestin: “Perang Salib telah selesai”. Pada waktu yang sama, pemimpin tentera Perancis telah menginjak-injak kubur Salehuddin al-Ayyubi seraya mengeluarkan cabaran: “Bangunlah hai Salehuddin!!! Kami datang untuk kedua kalinya!”. Setelah itu terjadilah Deklarasi Balfour diikuti dengan pembubaran Khilafah Islamiyyah oleh Inggeris melalui tangan agennya, seorang Yahudi, Mustafa Kemal. Beliau telah mengubah sistem Khilafah menjadi sistem republik Turki sekular. Kesannya, tanah Palestin yang dikuasai Inggeris telah menjadi tempat yang subur untuk penyemaian sebuah negara Yahudi sehingga mereka (kaum zionis) dapat mewujudkan impian mereka pada tahun 1948 tatkala David Ben Gurion mengumumkan penubuhan negara Israel di atas tanah rampasan yang bernama Palestin.
Dengan yang demikian, dapat diperhatikan bahawa masalah Palestin ini bukanlah masalah bangsa Arab Palestin semata-mata namun merupakan masalah bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Ini adalah kerana masalah Palestin, yang bermula dari pengusiran jutaan umat Islam di bumi Palestin oleh bangsa Yahudi Israel dengan bantuan negara penjajah dan agen-agennya, terkait rapat dengan konspirasi meruntuhkan Daulah Khilafah Islamiyyah. Dari ucapan dua pemimpin Inggeris dan Perancis diatas dapat kita fahami bahawa masalah Palestin ini adalah masalah yang sangat dalam akarnya dan ia melibatkan pertembungan antara dua peradaban - Islam dan Barat – pertembungan yang telah berterusan berkurun lamanya dan akan terus kekal sehingga hari kiamat. Tidak dapat dinafikan dari kajian sejarah peradaban Islam dan Barat, serta pertembungan antara keduanya bahawa penciptaan masalah Palestin ini adalah merupakan sebuah konspirasi barat untuk menyerang hadharah Islam; menyibukkan kaum muslimin agar bertarung dengan Yahudi sehingga mengalihkan fokus dan tenaga kaum muslimin dari permasalahan sebenar – tiadanya Islam dan dominasi ideologi kufur didalam kehidupan kaum muslimin – yang dipelopori oleh negara-negara penjajah barat yang juga bertanggungjawab membidani kelahiran Israel. Negara-negara kemudi kapitalisme inilah yang akan terus berusaha mengkufurkan umat Islam menggunakan apa jua cara yang mereka mampu lakukan. Allah swt berfirman:
“Mereka tidak berhenti-henti memerangi kamu sehinggalah mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup” [TMQ (2):217].
Oeh itu, masalah Palestin sebenarnya berkait erat dengan tumbangnya negara Khilafah yang memayungi kaum muslimin di seluruh dunia dan berhubung rapat dengan bercerai-berainya negeri-negeri umat Islam kepada negara-negara bangsa yang dicipta oleh pihak penjajah.
KAUM MUSLIMIN: BUKANKAH KAMU UMAT YANG TERBAIK?
Sebelum ayat yang membahas kehinaan bangsa Yahudi, Allah swt telah berfirman:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia; kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kepada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah swt [TMQ(3):112]
Allah swt juga berfirman: “Jika mereka (Yahudi Israel) berperang dengan kamu (kaum Muslimin) mereka berbalik melarikan diri kebelakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapatkan pertolongan” [TMQ (3):111]
Sejarah mencatatkan bahawa kaum muslimin yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw dan generasi selanjutnya telah lahir sebagai umat yang terbaik yang membenteras kezaliman, membebaskan manusia dari belenggu kemusyrikan, kesesatan dan perhambaan sesama manusia. Kaum muslimin menyebarkan keadilan dan kesejahteraan bagi umat manusia. Kaum Yahudi yang senantiasa dengki kepada kemajuan kaum muslimin dan berusaha memusuhi kaum muslimin senantiasa dikalahkan oleh umat Islam. Mereka terusir dari Madinah, melarikan diri dari Khaibar pada masa Rasulullah saw dan terakhir, mereka dilarang bermalam di Al-Quds ketika pemerintahan Khalifah Umar.
Sekiranya inilah keberadaan kaum muslimin pada suatu waktu dahulu, mengapakah negara Israel yang kecil itu dapat menjadi kuat dan berjaya menguasai Palestin pada saat ini??? Mengapa tentera-tentera umat Islam tidak mampu mengalahkan tentera-tentera Yahudi Israel dan mengusir mereka dari bumi kaum muslimin seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan Khalifah Umar??? Jawapannya adalah kerana umat Islam hari ini secara umumnya telah kehilangan sifat-sifat yang menjadi unsur-unsur kebaikan dan kekuatan umat ini: iaitu iman kepada Allah, memerintahkan manusia berbuat ma’ruf dan mencegah manusia berbuat mungkar. Barangkali iman masih banyak tersimpan di dalam dada kaum muslimin tetapi penghayatan iman didalam amal melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar sangat minimum. Umat Islam di Palestin dan sekitarnya berperang menentang Israel tetapi pemimpin umat Islam di negara-negara kaum muslimin terus menjadi agen-agen penjajah barat yang melindungi dan membantu Israel. Fikiran dan perasan pemimpin umat Islam di sekitar Palestin khususnya dan umumnya negara-negara OIC telah banyak diracuni oleh pemikiran dan penyelesaian yang disarankan oleh barat. Bagaimana mungkin dalam keadaan begini umat Islam didunia dan di Palestin khususnya akan dapat mengalahkan Israel hari ini!
Dunia saat ini menyaksikan berlakunya berbagai-bagi kemungkaran yang dilakukan bukan hanya oleh orang perseorangan malahan juga oleh negara seperti AS, Israel dan sekutu-sekutunya. Tanggungjawab untuk melenyapkan semua kemungkaran ini diberikan oleh Allah swt kepada umat Islam sebagai umat yang meraih gelaran umat yang terbaik yang pernah dilahirkan untuk manusia. Untuk merealisasikan tanggungjawab ini, umat Islam perlu memiliki kekuatan dan kekuasan yang akan mampu menghancurkan kemungkaran negara-negara kufur tersebut. Tanpa kekuatan ini umat Islam akan hanya menjadi penonton kepada pelbagai kejahatan dan kezaliman yang disebarkan oleh negara-negara kufur imperialis. Kekuatan ini akan hanya akan dapat diraih apabila umat Islam melaksanakan seluruh syariat Islam dan menyatu sebagai satu tubuh dibawah naungan Daulah Khilafah Islamiyyah yang akan mengisytiharkan jihad bagi melenyapkan negara Israel yang selama ini merupakan sel barah umat Islam di Palestin. Inilah penyelesaian sebenar terhadap masalah keamanan di Palestin – bukannya dengan bertubi-tubi mengulangi kesilapan politik seperti menubuhkan badan-badan keamanan tanpa kejelasan dalam masalah yang wujud dan kejernihan didalam objektif yang ingin dicapai. Keamanan di Palestin dan diseluruh dunia hanya boleh dicapai dengan Islam.Ini bukanlah suatu khayalan, ini adalah fakta yang dapat dibuktikan. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment