RSS

Pages

Monday, 15 October 2012

Sekularisme Yang Melahirkan Demokrasi & Kapitalisme

Sekularisme bermaksud memisahkan agama dari kehidupan,mengikut sejarah ianya muncul akibat pergolakan antara golongan kaisar/raja-raja Eropah & Rusia dengan golongan ahli falsafah & cendekiawan.Raja-raja Eropah & Rusia telah mejadikan modal agama untuk memeras,menganiaya & menghisap darah rakyat.Golongan agamawan digunakan sebagai perisai untuk mencapai keinginan mereka & tercetuslah pergolakan antara golongan pemerintah & golongan ahli falsafah serta cendekiawan.Sebagai solusinya mereka masing-masing bersepakat untuk mengambil jalan tengah yakni memisahkan agama dari kehidupan,seterusnya memisahkan agama dari pemerintahan.Oleh kerana itu agama tidak mempunyai pengaruh dalam kehidupan & pemerintahan sehingga ke hari ini.Orang yang mahu beribadat perlu ke tempat ibadat(masjid,gereja,kuil,sinagog & lain-lain),bagi mereka jika agama dimasukkan dalam kehidupan & pemerintahan,segalanya akan menjadi kucar kacir.Pemisahan agama dari kehidupan ini telah melahirkan Kapitalisme(capital),sistem ekonomi yg berasaskan keuntungan semata-mata,tidak kira sumber ekonomi tersebut dari sumber yg halal atau haram,jika mendatangkan keuntungan,ia adalah 'halal'.

Perlu diketahui bahawa sekularisme itulah menjadi akidah bagi kapitalisme serta menjadi asas bagi segala yg bersumber darinya.Dengan akidah sekularisme tadi lahir pula empat kebebasan yg menjadi sendi akidah sekularisme yakni kebebasan bersuara,kebebasan berpemilikan,kebebasan berakidah & kebebasan bertingkah laku.Keempat-empat kebebasan ini menyebabkan lahirnya DEMOKRASI tetapi yg lebih menonjol dalam akidah sekularisme adalah sistem ekonomi kapitalisme.Demokrasi yg lahir dari akidah ini menetapkan bahawa manusia berhak membuat undang-undang.Menurut mereka rakyat adalah sumber kedaulatan,rakyatlah yg membuat undang-undang,rakyatlah yg menggaji pemimpin negara untuk melaksanakan undang-undang yg dibuatnya,rakyat berhak mencabut kembali kekuasaan pemimpin-pemimpin.Dalam Islam pembuat hukum adalah hak mutlak ALLAH,ALLAH adalah sumber kedaulatan,bukan kedaulatan di tangan rakyat.

Di sini jelas bahawa akar yg rosak dari mula,akhirnya dahan yg tumbuh darinya tidak subur serta buahnya akan pahit & busuk.Segala yg terbit dari manusia segalanya akan lenyap jua.Siapa yg berkata demokrasi perlu di perjuangkan perlu mengakui hakikat bahawa akidah bagi demokrasi adalah sekularisme,dengan akidah itu lahirnya demokrasi.Jika akarnya rosak,segalanya akan rosak.Oleh demikian,bagaimana mungkin ingin mendapatkan buah yg manis & berbau harum jika akar pohonnya sememangnya rosak?Apa yg harus dilakukan oleh para pendakwah adalah meracun akarnya hingga mati & membuang sisa-sisa yg muncul darinya serta menanam semula pohon Islam yg berasal dari wahyu,pohon yg besar,rendang serta subur akan mengeluarkan bunga serta buah yg cantik & manis.Tidak ada cacat cela yg ada pd sistem Islam kerana ALLAH yg menciptanya bukan manusia yg juga hambaNya yg menciptanya..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment