Di
penghujung Ramadhan yang lepas, Utusan Malaysia sekali lagi menimbulkan
kontroversi dan kemarahan, khususnya kepada parti pembangkang dengan
mengambil dan menyiarkan kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat,
Abdullah Sa’amah yang menyatakan haram dan berdosa untuk umat Islam
menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara
Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Umat Islam juga tidak boleh
menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan
DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan
kepada DAP. Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA
dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti
tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan
Islam. “Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak
mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat
jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam,” katanya
[UM 8/8/12].
Tindakan akhbar pro UMNO itu boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit dan terkena muka sendiri kerana hakikatnya seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa parti pemerintah (UMNO, MCA dan MIC) adalah parti yang menolak penerapan syariat Islam di dalam pemerintahan. Selain DAP sendiri, beberapa cendekiawan agama juga turut menyelar tindakan Utusan dan kenyataan Abdullah Sa’amah yang menyifatkan DAP sebagai kafir harbi. Dari huru-hara politik ini, akhirnya istilah dan ruang lingkup kafir harbi telah disalah tafsirkan oleh banyak pihak.
Kafir Harbi
Di dalam kitab asy-Syakhsiyyah al-Islamiyyah Jilid II, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhanirahimahullah menjelaskan bahawa kafir harbi ialah semua orang kafir yang tidak masuk dalam perlindungan (zimmah) umat Islam, baik mu’ahid(kafir yang mengadakan perjanjian), musta’min(kafir yang meminta jaminan keamanan) atau selain keduanya. Sekiranya terdapat kesepakatan (perjanjian) antara Negara Islam (Daulah Khilafah/Daulah Islamiyyah/Darul Islam) dan negara kufur (Daulah Kafirah) mana pun, maka seluruh rakyat negara kafir tersebut adalah dikira sebagai orang-orang yang termasuk mengadakan perjanjian atau dikenali sebagai kafir mu’ahid. Oleh itu, kedua-kedua pihak perlu bertindak sesuai dengan isi perjanjian, di samping melaksanakan kesepakatan (perjanjian) yang telah dipersetujui. Namun demikian, status mereka masih tetap sebagai kafir harbi secara hukum (kafiran harbiyyin hukman / de jure) dan mereka dilarang melakukan transaksi jual-beli senjata dan barangan yang terkait dengan peperangan, jika hal itu akan memperkuat posisi mereka ke atas umat Islam. Lebih dilarang jika Daulah Islamiyyah menjadi pengeksport senjata ke negara-negara kufur tersebut. Namun begitu, jika tidak wujud situasi yang boleh memperkuat negara-negara kufur tersebut, maka mereka tidak dilarang melakukan transaksi. Begitupun, perlu diperhatikan bahawa walaupun di dalam perjanjian diperbolehkan berjual-beli peralatan perang, ia tetap tidak boleh dipenuhi sekiranya jual-beli ini akan memperkuat kedudukan mereka ke atas umat Islam, kerana hal ini menyalahi syarak. Semua syarat yang menyalahi syarak, hukumnya adalah batil dan tidak sah.
Sementara itu jika tidak terdapat perjanjian antara Daulah Khilafah dan mereka, maka status mereka adalah kafir harbi hakikatan(secara hakiki / de facto), bukan secara hukum, tidak kira sama ada peperangan antara keduanya sedang berlaku atau tidak. Mereka tidak dibenarkan memasuki negeri kaum Muslimin tanpa permit khusus untuk setiap kali masuk. Mereka juga tidak dibenarkan menetap dalam Daulah Islamiyyah kecuali dalam jangka waktu yang terbatas. Namun demikian terdapat perbezaan antara negara kufur yang sedang berperang (dengan kaum Muslimin) dan yang tidak. Bagi negara kafir yang sedang berperang (ad-daulah al-kafirah al-harbiyah al-muharibah bi al-fi’li), Daulah Khilafah tidak boleh mewujudkan sebarang perjanjian sebelum berdamai dan jaminan keamanan (visa) tidak akan diberikan kepada rakyatnya kecuali jika mereka datang untuk mendengarkan kalamullah atau datang untuk menjadi kafir zimmi yang akan menetap/tinggal di wilayah umat Islam. Ini berbeza dengan negara kufur yang tidak dalam keadaan konflik/perang (ad-daulah al-kafirah al-harbiyah ghairu al-muharibah bi al-fi’li). Bagi negara kafir harbi seperti ini, Daulah Islamiyyah boleh mengadakan perjanjian perdagangan, menjaga hubungan baik dan lain-lain dengan mereka. Rakyatnyapun berhak untuk mendapat jaminan keamanan (visa) ketika memasuki wilayah Islam dengan tujuan berniaga, melancong, rekreasi atau tujuan lainnya yang tidak bertentangan dengan syarak.
Ringkasnya, kafir harbi (baik kafir mu’ahid atau kafir musta’min) adalah kafir yang berada di luar Negara Islam atau dengan kata lain, ia bukan warganegara Daulah Islamiyyah. Justeru, adalah merupakan sebuah kesalahan untuk mengatakan kafir yang menetap dalam Negara Islam dan merupakan warganegara Daulah Islamiyyah sebagai kafir harbi, kafir mu’ahid atau kafir musta’min.
Kafir al-Musta’min
Musta’min adalah orang yang masuk ke negara lain dengan izin masuk (al-aman/visa), baik dia adalah Muslim atau kafir harbi. Jika seorang Muslim masuk ke negara kufur (darul harb / darul kufr), ia tidak boleh mengambil harta kaum kafir dalam darul harb tersebut, misalnya dengan mencuri (as-sariqah) atau merampas (al-ghasab), kerana seorang Muslim terikat dengan perjanjian yang ia lakukan. Seperti mana seorang Muslim boleh masuk ke bilad al-kufr (negeri kaum kafir) dengan aman, seorang kafir harbi juga boleh masuk ke dalam bilad al-Muslimin (negeri kaum Muslimin)dengan aman. Rasulullah SAW telah memberikan jaminan keamanan kepada kaum kafir pada saat fath (pembukaan) Makkah. Rasulullah SAW bersabda, “Siapa sahaja yang menutup pintu rumahnya, maka bererti dia aman” [HR Muslim].
Namun demikian, jika musta’min itu seorang kafir harbi yang masuk ke bilad al-Muslimin, dia tidak boleh tinggal di dalamnya lebih dari satu tahun. Oleh itu, izin masuk (al-aman) hanya boleh diberikan kepadanya -misalnya- untuk satu bulan, dua bulan atau lebih dengan syarat tidak boleh lebih dari satu tahun. Hal ini kerana seorang kafir harbi diperbolehkan tinggal di bilad al-Muslimin tanpa dikenakan jizyah dalam tempoh maksimum setahun. Menurut hukum Islam, jizyah wajib dipungut setahun sekali yang sekali gus bererti tempoh maksimum seseorang kafir harbi boleh tinggal (tanpa membayar jizyah) adalah selama satu tahun. Jika dia tinggal lebih dari satu tahun, dia akan diberi pilihan untuk sama ada tinggal secara tetap dan membayar jizyah atau keluar dari bilad al-Muslimin. Jika dia memilih untuk membayar jizyah, ini bermakna dia telah memilih untuk menjadi ahlu zimmah (warga negara). Jika dia memilih untuk keluar menjelang akhir tahun, dia tidak wajib membayar jizyah. Perlu difahami bahawa musta’min bukanlah orang kafir warganegara Negara Islam, tetapi ia adalah orang kafir dari luar yang mendapat keizinan masuk ke dalam Negara Islam buat sementara waktu, cuma statusnya boleh bertukar menjadi kafir zimmi sekiranya dia memilih untuk menjadi warganegara dan membayar jizyah.
Kafir Zimmi
Mereka dikenali sebagai Ahlu zimmah atau kadang-kadang disebut juga kafir zimmi atau sering disebut ringkas sebagai zimmi sahaja. Asal katanya adalah az-zimmah yang bererti al-‘ahd (perjanjian). Ahlu zimmah adalah setiap orang yang tidak beragama Islam (non-Muslim) dan menjadi rakyat Negara Islam. Ahlu zimmah diwajibkan membayar jizyah setahun sekali sebagai (balasan) perlindungan yang diberikan oleh Daulah Islamiyyah kepada mereka. Jizyah adalah harta tertentu yang dikenakan ke atas mereka (ahlu zimmah) baik ahli kitab mahupun musyrikin (selain musyrikin Arab) dan mana-mana orang-orang kafir lain yang tinggal di dalam Daulah Islamiyyah dan menjadi warganegara Daulah. Islam telah menjelaskan banyak hukum tentang ahlu zimmah ini, bahkan ada di antara ulama yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ahlu zimmah seperti Ibn Qayyim al-Jawziyah yang menulis kitab Ahkam Ahlu Zimmah. Di antara hukum-hukum tersebut adalah:
1. Ahlu zimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka untuk masuk Islam. Rasulullah SAW telah menulis surat untuk penduduk Yemen (yang berbunyi),
“Siapa jua yang beragama Yahudi atau Nasara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkan agamanya dan wajib ke atasnya jizyah” [HR Abu Ubaid].
Hukum ini juga berlaku untuk orang kafir secara umumnya yang bukan Yahudi atau Nasara. Dengan demikian, ahlu zimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.
2. Ahlu zimmah wajib membayar jizyah kepada Negara Islam. Jizyah dipungut dari ahlu zimmah yang lelaki, baligh dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan dan orang yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Umar r.a. pernah mengutus surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak dan orang yang belum baligh. Bahkan, bagi yang tidak mampu, mungkin kerana sudah tua atau cacat, bukan sahaja tidak wajib membayar jizyah, sebaliknya menjadi kewajiban bagi Negara Islam (Baitul Mal) untuk membantu mereka pula.
3. Diperbolehkan memakan sembelihan dan menikahi perempuan ahlu zimmah jika mereka adalah Ahli Kitab (Nasara atau Yahudi). Allah SWT berfirman,
“Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihan) kamu halal bagi mereka. Demikian pula (halal menikahi) perempuan-perempuan yang beriman dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu” [TMQ al-Maidah (5):5].
Namun, haram bagi Muslimah untuk menikahi lelaki kafir, baik lelaki itu Ahli Kitab atau bukan [Surah al-Mumtahanah (60):10].
4. Diperbolehkan melakukan pelbagai bentuk muamalah antara umat Islam dan ahlu zimmah seperti jual-beli, ijarah (sewa-menyewa), syirkah (perkongsian), rahn (gadaian) dan sebagainya. Rasulullah SAW pernah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di tanah Khaibar, di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil tanaman kurmanya. Bagaimanapun, ketika muamalah ini dilaksanakan, wajib diterapkan hukum-hakam Islam semata-mata dan sama sekali tidak dibenarkan hukum selain Islam.
Demikianlah serba sedikit hukum-hakam berkenaan ahlu zimmah yang merupakan rakyat Daulah Islamiyyah. Mereka menikmati hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka menikmati hak untuk dilindungi, dijamin penghidupannya dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh ada diskriminasi apa pun yang membezakan mereka dengan rakyat yang beragama Islam. Negara Islam wajib berbuat adil kepada mereka sebagaimana ia berlaku adil kepada rakyatnya yang Muslim. Dalam keadaan tidak ada Khilafah pada hari ini, kita melihat betapa keadaan sudah menjadi tunggang terbalik. Umat Islam kini seolah-olah menjadi ‘Muslim zimmi’ kerana hakikatnya kita semua hidup di dalam negara kufur/sekular dan dipaksa membayar pelbagai jenis cukai setiap tahun seperti cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai pintu, cukai jalan dan macam-macam cukai lagi dan lebih buruk kita dipaksa tunduk dan patuh kepada segala hukum dan peraturan thaghut (selain Islam)!
Apa Status Orang Kafir Sekarang?
Sebagaimana telah dijelaskan di atas, orang kafir dikategorikan kepada dua yakni kafir harbi dan juga kafir zimmi. Kafir harbi dibahagi kepada dua jenis iaitu kafir mu’ahid dan kafir musta’min. Manakala jika dilihat dari sudut status mereka dalam memerangi umat Islam, kaum kafir harbi ini terbahagi lagi kepada dua;
(i) al-kafirah al-harbiyah al-muharibah bi al-fi’li
(ii) al-kafirah al-harbiyahghairu al-muharibah bi al-fi’li.
Kesemua kategori kafir harbi ini, jika ia merujuk kepada ‘orang’nya, maka ia merupakan orang kafir yang berada di luar Daulah Islamiyyah manakala jika ia merujuk kepada ‘negara’nya, maka ia bermaksud negara selain dari Daulah Islamiyyah. Sementara kafir zimmi adalah kaum kafir yang tinggal/menetap di dalam Negara Islam dan merupakan warganegara Daulah Islamiyyah dan mereka membayar jizyah serta tunduk patuh kepada hukum-hakam Islam.
Dari segi persoalan sama ada wujudkah kafir zimmi di saat tidak ada Negara Islam seperti sekarang, maka jawapannya dikembalikan kepada ‘takrif’ kafir zimmi itu sendiri. Oleh sebab takrifan kafir zimmi bermaksud kafir yang tinggal di dalam Negara Islam, sedangkan sekarang tidak ada satu negara pun di dunia ini yang layak digelar Negara Islam, maka amat terang lagi nyata bahawa kita tidak dapat lagi mengkategorikan atau menamakan mereka sebagai kafir zimmi. Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, kafir zimmi atau dikenali juga sebagai ahlu zimmah, adalah kerana kedudukan mereka yang tunduk patuh kepada hukum-hakam Islam serta mereka membayar jizyah sebagai balasan perlindungan (zimmah) yang diberikan oleh Negara Islam kepada mereka. Sedangkan pada hari ini, tidak ada satu negara pun di mana orang-orang kafir membayar jizyah di dalamnya, dan tidak ada satu negara pun yang menerapkan hukum-hakam Islam yang mana orang kafir tunduk patuh kepadanya. Namun demikian, jika Daulah Khilafah berdiri semula nanti, Insya Allah, maka kafir zimmi juga akan wujud bersamanya.
Dari segi persoalan sama ada wujudkah kafir harbi di saat tidak ada Negara Islam seperti sekarang, maka jawapannya juga dikembalikan kepada ‘takrif’ kafir harbi itu sendiri. Berhubung dengan kafir harbi mu’ahid atau kafir harbi musta’min, yang menjadi ukuran adalah perjanjian mereka dengan, atau keizinan masuk (visa) mereka ke dalam, negeri kaum Muslimin(bilad al-Muslimin). Jika negara kafir melakukan perjanjian atau individu kafir dari negara tersebut diizin masuk ke dalam bilad al-Muslimin, maka status mereka akan termasuk sebagai mu’ahid atau musta’min yang mana berkenaan. Berhubung dengan kafir harbi hakikatan/fi’lan pula, yang menjadi ukuran adalah ‘peperangan’ mereka dengan umat Islam atau bilad al-Muslimin. Sekiranya mereka adalah termasuk ke dalam orang/negara yang sedang memerangi umat Islam atau mana-mana biladal-Muslimin, seperti Amerika Syarikat dan Israel saat ini, maka tidak diragukan lagi bahawa mereka adalah al-kafirah al-harbiyah al-muharibah bi al-fi’li dan negara mereka adalah ad-daulah al-kafirah al-harbiyah al-muharibah bi al-fi’li.
Amat penting untuk dibezakan di sini di antara “negeri kaum Muslimin” (bilad al-Muslimin) dengan “Negara Islam” (Darul Islam / Daulah Islamiyyah). Darul Islam secara automatik merupakan bilad al-Muslimin manakala bilad al-Muslimin tidak secara automatik termasuk Darul Islam. Secara ringkas, Darul Islam (Negara Islam) adalah negara di mana diterapkan hukum atau undang-undang Allah di dalamnya dan keamanannya adalah di tangan kaum Muslimin. Manakala bilad al-Muslimin (seperti situasi sekarang) adalah negeri yang diperintah oleh orang Islam tetapi tidak diterapkan hukum Allah di dalamnya. Malaysia, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Irak dan sebagainya adalah bilad al-Muslimin, tetapi bukan Darul/Negara Islam. Dengan kata lain, sejak runtuhnya Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H, sudah tidak ada lagi Darul Islam (Khilafah), apa yang ada hanyalah negeri kaum Muslimin (bilad al-Muslimin).
Khatimah
Sesungguhnya di dalam Daulah Khilafah, tidak timbul soal halal atau haram mengundi orang kafir mahupun orang Islam. Ini kerana, di dalam Negara Islam tidak ada pilihan raya sebagaimana pilihan raya di dalam negara demokrasi pada hari ini. Dari segi keharaman, demokrasi itu sendiri adalah sistem kufur yang haram untuk diambil, diamalkan dan dikembangkan oleh umat Islam. Manakala mengundi di dalam pilihan raya di dalam sistem demokrasi, juga haram apabila kita mengetahui bahawa orang yang diundi itu akan pergi ke Parlimen untuk menjalankan fungsi tasyri’ (menggubal, meminda atau menghapuskan undang-undang) di mana mereka sesungguhnya telah mengambil hak Allah sebagai Musyarri’ (Pembuat hukum). Justeru, menyokong atau mengundi mana-mana pihak (sama ada kerajaan mahupun pembangkang) yang tidak menerapkan hukum Allah, hukumnya adalah haram secara mutlak.
Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment